Berita Harian OnLine 12 Jun 2009
KUALA LUMPUR: Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Chew Mei Fun memuji pendirian Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Datuk Dr Syed Ali Tawfik Al-Attas berhubung status agama yang perlu diamalkan anak selepas ibu bapa mereka bercerai.
Chew berkata, kenyataan Syed Ali itu disifatkannya dibuat untuk memastikan tidak timbul kekeliruan di kalangan masyarakat mengenai perkara berkenaan, perlu dihormati memandangkan perkara itu sering dijadikan isu untuk kepentingan pihak tertentu.
"Sepatutnya beban dipikul anak kepada pasangan yang berpisah tidak ditambah dengan isu agama perlu dianuti dan diamalkan. Syed Ali sendiri bersetuju bahawa semua orang, sama ada ibu bapa atau anak mereka (selepas perceraian) tidak boleh dipaksa untuk menganut dan mengamalkan agama tertentu. Penekanan ini lebih kepada anak yang masih kecil di mana mereka hendaklah memeluk agama (pilihan mereka) secara sukarela. Keputusan Kabinet sebelum ini juga konsisten dengan pandangan Ketua Pengarah IKIM itu," katanya di sini semalam
No comments:
Post a Comment