Wednesday, August 12, 2009

Saluran bantuan perlu diteliti

Sinar Harian : 12 Ogos, 2009
http://www.sinarharian.com.my/selangor/content/story3037261.asp






JENJARUM – Saluran bantuan kepada keluarga miskin, ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU) perlu diteliti dengan baik supaya tidak berlakunya sebarang masalah dalam menyalurkan bantuan.



Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun, berkata, dengan cara ini, semua peruntukan kepada rakyat dapat diserahkan kepada mereka yang memerlukan dan memberi peluang kepada membantu meringankan beban keluarga.



Menurutnya, semua kakitangan atau wakil sukarela yang terlibat perlu menyiasat dengan sebaik baiknya supaya tidak berlaku salah faham dan kesilapan di sepanjang tempoh menyalurkan ban tuan tersebut. ”Selain itu, program majlis mesra di Rumah Penyayang perlu diperluaskan dalam usaha mewujudkan sebuah badan yang prihatin dalam usaha membantu golongan ini.



"Walau bagaimanapun, usaha ini perlu ditingkatkan supaya dapat memberi peluang kepada penghuni rumah penyayang hidup dalam keadaan yang selesa dan mempunyai kemudahan yang mencukupi," katanya ketika menghadiri Majlis Ramah Mesra di Rumah Penyayang Jenjarum, di sini.



Beliau berharap program ke tempat berdaftar seperti ini dapat merapatkan hubungan kerjasama dalam kalangan Jabatan Kebajikan Masyarakat, dan badan sukarela dalam usaha meningkatkan kebajikan golongan yang memerlukan.



Sementara itu, Penyelaras Pembangunan Persekutuan DUN Sijangkang, Abdul Razak berkata, segala maklumat yang diperolehnya akan disiasat dengan terperinci supaya tidak berlaku sebarang ketidakadilan semasa memberi bantuan kepada mereka yang layak.



Menurutnya, pada kebiasaannya, pihaknya atau wakil akan terus ke rumah mereka yang memerlukan bantuan bagi memastikan segala maklumat yang diperoleh adalah benar dan mereka layak untuk menerima bantuan.



"Bagi program yang bertajuk ‘Masih Ada Yang Sayang Bersama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)’ pula, ia akan terus diadakan di seluruh Daerah Kuala Langat. Program tersebut akan bermula di peringkat DUN hinggalah kepada zon bagi mengeratkan lagi hubu ngan masyarakat dengan pihak JKM dan Pejabat Penyelaras Pembangunan Persekutuan Parlimen Kuala Langat,” katanya.



Hadir sama, Ketua UMNO Bahagian Kuala Langat, Datuk Sulaiman Mohd Karli, Ketua MCA Kuala Langat, Datuk Ei Kim Hock dan Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Langat, S Poovaneswaran.

3 comments:

蚯蚓 said...

为什么华裔同胞那么难和需要6个月的时间才能申请到福利金。可以简化吗?

Chew Mei Fun said...

蚯蚓,
您好。按照最新的指南,所有有关福利金的申请,无论成功与否都必须在2到4个星期内答复,答复时限并没有种族之分,全民待遇相同!如有歧视情况发生,请即通知,以便处理。谢谢。

Chew Mei Fun said...

蚯蚓,
您好。按照最新的指南,所有有关福利金的申请,无论成功与否都必须在2到4个星期内答复,答复时限并没有种族之分,全民待遇相同!如有歧视情况发生,请即通知,以便处理。谢谢。