Tuesday, August 11, 2009

MAJLIS PELANCARAN JALINAN RAKYAT

bertempat di Dataran PPR Batu Muda, Wilayah Persekutuan,
pada 7 Ogos 2009, 2.30 pm
anjuran Barisan Nasional Wanita

(photos by CFL)
TALKING POINTS by
YB Datin Paduka Chew Mei Fun
Pengerusi Wanita MCA Merangkap Pengerusi Penyelaras Majlis Pelancaran Jalinan Rakyat

1) Terlebih dahulu, marilah kita sama-sama memberi tepukan gemuruh kepada Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Sri Mohd. Najib Tun Haji Abdul Razak dan isteri Yang Amat Berbahagia Datin Sri Rosmah Mansor, serta semua pemimpin Barisan Nasional kerana sudi melapangkan masa untuk menghadiri Majlis Pelancaran Jalinan Rakyat anjuran Wanita Barisan Nasional pada petang yang mulia ini.

2) Pada petang ini juga, kita lihat begitu ramai masyarakat dari pelbagai kaum yang turut hadir ke Majlis Jalinan Rakyat ini – Melayu, Cina mahupun India dan kawan-kawan kita dari Sabah dan Sarawak. Ia merupakan satu petanda yang positif ke arah usaha mengukuhkan lagi hubungan antara kaum di negara ini. Inilah juga pengertian sebenar konsep 1Malaysia yang dilaungkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri iaitu semua kaum datang, duduk dan bergaul bersama di bawah satu gagasan besar.

3) Kita yakin dan menaruh kepercayaan bahawa di bawah kepemimpinan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, kerjasama dan perpaduan antara ahli dan parti-parti komponen serta rakyat dapat diperkukuhkan ke satu tahap yang lebih baik. Lebih penting lagi, dengan adanya kepemimpinan bertenaga lagi mantap Yang Amat Berhormat, segala cabaran baik dari lapangan politik, ekonomi mahupun sosial dapat diuruskan dengan baik.

4) Kita sedar Yang Amat Berhormat mengambil alih jawatan Perdana Menteri dalam keadaan negara dibelenggu dengan pelbagai cabaran yang getir. Penganjuran Majlis hari ini atas inisiatif Yang Berhormat Dato’ Sri Shahrizat mencerminkan komitmen jitu kita untuk terus berganding bahu dengan Yang Amat Berhormat dalam mengharungi cabaran-cabaran mendatang. Sesungguhnya, sama ada ketika tempoh sukar atau senang, kita harus sentiasa berada di belakang beliau. Kita harus berdiri teguh memperjuangkan apa yang benar dan tidak berundur ke belakang hanya kerana kita dilanda masalah.

5) Konsep “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” telah memberi hala tuju yang jelas kepada semua ahli Barisan Nasional dan penjawat awam. Konsep 1Malaysia telah memenangi hati rakyat seluruh negara, malah dasar yang diperkenalkan oleh Yang Amat Berhormat juga meningkatkan sokongan rakyat terhadap Yang Amat Berhormat dan memberi motivasi kepada kita.

6) Walau bagaimanapun, publisiti negatif terhadap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak akhir-akhir ini telah menjejaskan sedikit usaha murni Yang Amat Berhormat. Ini membuktikan kepada kita bahawa usaha ini memerlukan kerjasama dan keringat daripada semua pihak termasuk ahli-ahli Barisan Nasional dan penjawat awam, ini kerana kita sedar terdapat kecenderungan oleh pihak-pihak tertentu untuk meletakkan segala beban kesalahan pada bahu kerajaan persekutuan atau Barisan Nasional semata-mata.

7) Sudah tentu kita tidak mengharapkan kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. Maka kerana itu, kita perlu memastikan semua ahli dan pemimpin Barisan Nasional dan penjawat awam menjaga etika mereka dan menghapuskan kerenah bahawa ‘Pegawai lebih tinggi kedudukan daripada rakyat’ dan menjalankan tugas dan amanah yang diberikan dengan penuh ikhlas, jujur tanpa mengira kaum, fahaman politik dan agama.

8) Paling mustahak sekali, semua orang perlu diberi layanan yang adil dan profesional. Peluang tidak seharusnya diberikan kepada pihak-pihak tertentu yang cuba mengapi-apikan keadaan dan memperalatkan emosi rakyat untuk mengeruhkan keadaan hingga boleh memudaratkan kesejahteraan negara yang kita cintai ini.

9) Kita yakin terhadap kepemimpinan Yang Amat Berhormat dan kita percaya di bawah kepemimpinan Yang Amat Berhormat, negara kita akan terus maju dan makmur. Di samping itu, kita juga percaya Dasar 30 Peratus Wanita di Peringkat Membuat Keputusan yang diperjuangkan oleh kaum wanita sejak sekian lama akan tercapai jua.

10) Pantun:
Barisan Nasional barisan kita,
13 parti komponen pelengkap gagasan,
Susah senang hadapi bersama,
Itulah rahsia kita menggempur lawan.
国阵妇女组《全民串连》运动推展礼筹委会主席兼马华妇女组主席拿汀巴杜卡周美芬讲词摘要:
(1) 首先,让我们大家再次以热烈的掌声欢迎我们敬爱的首相及夫人,还有所有国阵成员党的领袖在这个炎热的下午,在百忙中抽空前来出席我们国阵妇女组《全民串连》运动的推展礼,让我们在场所有数千名人民与人民,各族与各族间的热情升温!这个由首相的热情与诚意所带来的温度将鼓舞我们,带领我们朝向1个马来西亚的方向发展!我们期望,我们相信,在首相的带领下,在所有国阵成员党和人民心连心的合作与串连下,我国将快速的走出政治阴霾,经济挑战,我国将在国阵的继续执政下,为人民,为国家带来更繁荣的发展。
(2) 尊敬的首相在风雨中接棒,我们知道不容易,也了解您需要全民的支持与合作,因此,很明显的,拿督斯里莎丽扎之所以带领推动这项活动的主要原因也是为了在这个重振国阵,带领国家发展的路途上,在背后,在旁边陪您同行,和您一起面对和克服所有的挑战!我们将成为您最大的支持力量。
(3) 首相所倡议的“以民为本,绩效为先”的口号为所有的国阵成员与公务员提供了清晰的工作态度指标与行政目标,“一个马来西亚”的理念也赢得了人民的心,首相上任后推出系列惠民政策也让首相的支持率激升,振奋了我们全体人民,然而可惜的是,最近发生在反贪污委会员的事件却让首相的努力受挫,让我们本已振奋起来的心再次的沉落,这说明了单靠首相个人的力量或甚至国阵执政党团的力量是不足够的,今天只要政府属下的单位或职员,甚或是国阵成员党里有人滥权,犯了错,所有的罪名都将归入中央政府和国阵成员党的户口内,因此我们所有国阵的成员党和党员是一体的,是休戚与共的,我们必须确保所有的党员循规蹈矩,确保所有的公务员除掉官大过民的心态,必须不分党派、不分种族、不分彼此的依据专业标准公平处事待人,只要有人犯错,无论朝野都应以相同的标准公平审查审判,同时专业与感性并重,因为今天在专业处事之余,还得管理人民的情绪!不要让有心人有机会煽动情绪,利用情绪蒙蔽人民的眼睛!

No comments: