(pic: CFL)
UCAPAN PERASMIAN
YB DATIN PADUKA CHEW MEI FUN
TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
YB DATIN PADUKA CHEW MEI FUN
TIMBALAN MENTERI PEMBANGUNAN WANITA, KELUARGA DAN MASYARAKAT
Tuan-tuan, puan-puan dan saudara-saudari pelajar yang dihormati sekalian,
Salam sejahtera dan Selamat Hari Wanita Antarabangsa,
Saya berasa amat gembira kerana pada hari ini, 8 Mac 2010 sekali lagi kita sama-sama dapat menyambut Hari Wanita Antarabangsa bagi tahun 2010 yang bertemakan “Equal Rights, Equal Opportunities: Progress for All”. Sudah pasti melalui tema ini apa yang dititikberatkan ialah hak terhadap pembangunan untuk semua termasuk wanita. Saya percaya tema ini adalah sesuai dengan kedudukan wanita di seluruh dunia lebih-lebih lagi di negara-negara membangun.
Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan jutaan terima kasih kepada para hadirin semua di atas kesudian ke Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa pada tahun ini. Sokongan dan sambutan baik yang diberikan meningkatkan lagi iltizam kami di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) untuk terus melaksanakan pelbagai lagi program pembangunan untuk wanita.
Hari Wanita Peringkat Antarabangsa telah disambut sejak 35 tahun yang lalu, di mana sambutan yang pertama telah diadakan pada 8 Mac 1975. Saya difahamkan bahawa objektif Majlis Sambutan yang dianjurkan oleh Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) pada kali ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat berhubung isu-isu wanita sejagat serta peranan semua pihak dalam menghapuskan diskriminasi gender agar pembangunan potensi wanita dapat dipertingkatkan. Selain itu, Majlis Sambutan ini merupakan salah satu bentuk pengiktirafan terhadap sumbangan wanita dalam pembangunan dan kesejahteraan keluarga, masyarakat, negara dan juga seantero dunia.
Hadirin dan hadirat yang saya hormati,
Saya percaya para hadirin telah dimaklumkan mengenai konsep gender dalam sesi forum yang diadakan sebelum ini. Peranan gender boleh dibentuk dan juga boleh diubah serta dibentuk semula untuk mewujudkan keadaan yang lebih adil dan saksama di antara lelaki dan wanita. Maka, kesaksamaan gender apabila disebut dalam konteks pembangunan wanita membawa maksud menghapuskan apa-apa rintangan yang dikenakan kepada mereka berdasarkan definisi budaya tentang peranan mereka dalam masyarakat. Ini bagi memastikan hak wanita dan lelaki sama-sama terpelihara seperti yang diperuntukkan oleh Perlembagaan Negara.
Negara kita memberi pengiktirafan terhadap sumbangan serta penglibatan wanita secara aktif dan langsung di dalam semua aspek pembangunan. Menyedari akan hakikat ini, masih banyak lagi usaha yang perlu kita laksanakan bagi menangani sebarang ketidaksamaan gender di dalam semua sektor, baik politik, ekonomi mahupun sosial.
Perjuangan untuk meningkatkan taraf dan kedudukan wanita di Malaysia bagi mencapai kesaksamaan gender tidak akan diperoleh sepenuhnya sekiranya masyarakat masih tidak memahami konsep gender, apatah lagi menerapkannya dalam semua proses pembangunan negara. Konsep gender amat berkait rapat dengan tanggapan dan persepsi masyarakat terhadap tugas dan peranan antara wanita dan lelaki.
Kita dapati bahawa adakalanya tanggapan dan persepsi tersebut betul, dan adakalanya ia tidak adil kepada satu pihak, terutamanya dalam suasana dunia yang sedang pesat menuju perubahan. Sebagai contoh, wanita sebagaimana suatu waktu dahulu yang hanya berada di rumah untuk memasak dan mengemas rumah, sebaliknya wanita pada hari ini ialah seorang wanita yang penuh dengan ilmu pengetahuan, beriltizam dan bersemangat untuk sama-sama berusaha bagi memajukan diri, keluarga dan seterusnya negara.

Semua ini kerana wanita mempunyai sifat tekun dan gigih, serta mempunyai rasa tanggungjawab dan sanggup bertungkus-lumus merebut setiap peluang yang ada. Wanita Malaysia telah menempa kejayaan bertaraf dunia seperti dalam bidang keusahawanan, perbankan, astronomi, sukan, kesenian serta sains dan teknologi. Malah di negara kita, golongan wanita telah mencapai kejayaan yang membanggakan dalam bidang pendidikan, yang mana wanita merupakan:
(1) 58.2% daripada jumlah pelajar peringkat diploma;
(2) 61.9% daripada jumlah pelajar peringkat ijazah pertama;
(3) 64.8% daripada jumlah pelajar peringkat diploma lepasan ijazah;
(4) 52.9% daripda jumlah pelajar peringkat sarjana; dan
(5) 38.1% daripada jumlah pelahar peringkat Ph.D.
Dari itu, saya menyeru kepada setiap individu termasuk wanita supaya berusaha dengan lebih gigih supaya menjadi warga negara yang dapat memberikan banyak sumbangan dan bakti ke arah memacu pembangunan negara.
Tuan-tuan dan puan-puan yang saya hormati,
Kementerian dan agensi-agensi Kerajaan yang ada pada hari ini akan terus melaksanakan tanggungjawab ke arah memperkasakan wanita khususnya dengan memberi tumpuan kepada strategi-strategi yang terkandung di dalam Dasar Wanita Negara (DWN) serta Pelan Tindakan Pembangunan Wanita (PTPW). Strategi-strategi ini dilaksanakan dengan sebaik mungkin bagi menjamin penglibatan wanita secara lebih berkesan.
Kerajaan tetap komited untuk terus menggerakkan agenda pembangunan dan pemerkasaan wanita agar mereka dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara serta menambah pendapatan selain meningkatkan kualiti hidup masing-masing. Kesaksamaan gender merupakan salah satu agenda penting dalam usaha Kerajaan mencapai objektif menjadi sebuah negara maju berlandaskan pembangunan seimbang. Justeru, usaha strategik perlu diambil bagi menarik lebih ramai wanita untuk menceburi bidang pekerjaan.
Selaras dengan usaha Kerajaan untuk menggalakkan penyertaan lebih ramai wanita dalam pasaran pekerjaan, saya berharap agar banyak lagi usaha akan diambil untuk menghapuskan sebarang prejudis dan diskriminasi di tempat kerja. Pelaksanaan dasar-dasar yang sensitif terhadap isu gender perlu dijadikan amalan oleh setiap organisasi termasuklah penyediaan kemudahan seperti tempat penjagaan kanak-kanak. Kerajaan telah menyediakan insentif bagi menggalakkan pihak majikan untuk menyediakan kemudahan-kemudahan tersebut, namun masih ramai lagi yang tidak berbuat demikian. Semua sektor, baik sektor awam mahupun sektor swasta, perlu memahami bahawa usaha untuk mewujudkan persekitaran yang positif dan “mesra-gender” merupakan langkah penting dalam usaha meningkatkan modal insan di dalam negara.
Pihak media pula perlu lebih sensitif terhadap isu-isu berhubung kesaksamaan gender dan hak asasi manusia supaya media berperanan memupuk imej yang positif dan sikap menghormati wanita. Justeru, pengamal media perlu mematuhi garis panduan piawaian pemaparan imej wanita dalam media.
Kesaksamaan gender tidak dapat diwujudkan melalui penggubalan undang-undang dan dasar-dasar semata-mata. Sikap dan minda masyarakat terhadap peranan wanita di dalam masyarakat juga harus diubah. Hanya dengan perubahan minda dan sokongan padu masyarakat akan dapat kita merealisasikan aspirasi kesaksamaan gender yang sebenar, yakni saling mengiktiraf dan saling menghormati antara lelaki dan wanita. Justeru itu, saya menyeru semua pihak dari peringkat atasan, termasuklah ahli politik, pegawai tinggi kerajaan dan pemimpin korporat, beserta seluruh peringkat akar umbi untuk terus menyokong dan bekerjasama dengan pihak kementerian ke arah mencapai kesaksamaan gender.
Tuan-tuan dan puan-puan,
Saya percaya bahawa pengisian program melalui pengendalian forum diskusi pada hari ini bersama pakar-pakar dalam pelbagai bidang di Malaysia ini bukan sahaja dapat membuka lagi minda para peserta tentang hasrat sebenar yang ingin dicapai oleh Kerajaan, bahkan juga dapat memandu arah bagaimana cara untuk setiap individu termasuk golongan wanita menggilap potensi dan mengasah keupayaan serta meningkatkan lagi kualiti dan kemahiran dalam pelbagai bidang.
Maka dengan sepatah-dua kata itu, serta harapan yang begitu menggunung, saya dengan segala sukacitanya merasmikan Majlis Penutup Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2010. Sekian, terima kasih.
No comments:
Post a Comment