(photo by CFL)
Perceraian beri impak negatif kepada keluarga terutama anakPASANGAN suami isteri yang sudah lama berkahwin sering mengalami masalah dalam perhubungan intim yang dikatakan semakin merosot, akibat wujud pertambahan komitmen dalam rumah tangga, sekali gus menyebabkan perkara itu bukan menjadi keutamaan lagi. Kurangnya komunikasi di antara pasangan dan perkongsian emosi akhirnya menjurus kepada ketiadaan persefahaman di antara suami isteri dan keadaan menjadi bertambah parah apabila pasangan membawa haluan masing-masing.
Dalam alam rumah tangga, jika ada sesuatu yang tidak memuaskan hati pasangan, ia pasti melukakan hati pasangan yang seorang lagi dan ada kalanya, hati yang terluka itu sukar diubati sehingga menimbulkan konflik dalam perkahwinan. Konflik inilah yang akhirnya menjadi penanda aras sama ada rumah tangga yang dibina itu bahagia atau sebaliknya kerana jika pasangan bahagia, jumlah konflik yang berlaku adalah kurang. Malah, keadaan ini boleh berlaku walaupun pada saat kedua-dua belah pihak iaitu suami dan isteri masih menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
(photo by CFL)
Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datin Paduka Chew Mei Fun, berkata pakar keluarga berpendapat krisis dalam rumah tangga biasanya berlaku selepas lima tahun berkahwin dan di Malaysia, peratusan cerai mengikut kumpulan umur boleh dikatakan hampir seimbang pada setiap peringkat umur mereka yang berkahwin.
Ini bermakna, perceraian berlaku bukan saja kepada pasangan yang baru berkahwin, malah turut membabitkan pasangan lama. Disebabkan itu, program pemantapan perkahwinan perlu diberi bukan saja kepada bakal pengantin, tetapi juga mereka yang sudah lama berumah tangga.
“Institusi perkahwinan di negara ini perlu diberi perhatian yang serius ekoran bilangan perceraian yang semakin meningkat dengan kebanyakan kes disebabkan kurang persefahaman.
“Setiap perceraian yang berlaku meninggalkan kesan trauma kepada keluarga terutama anak-anak, malah kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan anak yang masih kecil lazimnya tidak mempunyai hubungan yang akrab dan mesra dengan bapa walaupun bapa terus memberikan nafkah, menyediakan keperluan pendidikan dan material kepada anak terbabit.
“Setiap perceraian yang berlaku meninggalkan kesan trauma kepada keluarga terutama anak-anak, malah kajian yang dilakukan sebelum ini menunjukkan anak yang masih kecil lazimnya tidak mempunyai hubungan yang akrab dan mesra dengan bapa walaupun bapa terus memberikan nafkah, menyediakan keperluan pendidikan dan material kepada anak terbabit.
“Malah, kajian di Barat mendedahkan perceraian memberi impak negatif kepada anak dalam banyak perkara terutama tingkah laku antisosial mereka, gangguan emosi, pencapaian akademik merosot dan kemurungan.
“Jadi, ada baiknya jika kita belajar kaedah dan cara untuk meningkatkan keintiman antara pasangan yang akan diberi oleh pakar perkahwinan dan kekeluargaan dari Amerika Syarikat, Dr Huang Wei Jen, dalam usaha mengelak berlakunya perceraian,” katanya ketika merasmikan Seminar Perkahwinan Bijak: Laluan Kepada Keintiman, di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Majlis anjuran kementerian, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) dan Focus On The Family (FOTF) itu turut dihadiri, Ketua Pengarah LPPKN, Datuk Aminah Abdul Rahman dan Pengarah Eksekutif FOTF, Lee Wee Min. Antara eleman yang sering dilupakan atau kurang diberi penekanan dalam perhubungan pasangan adalah kecerdasan emosi dan dalam perkahwinan atau perhubungan dengan pihak lain, elemen kepekaan dan perkongsian emosi amat penting.
Chew berkata, perkahwinan harus dibina berasaskan kasih sayang dan keluarga yang dibentuk dengan asas penekanan emosi yang kurang, tidak akan memiliki daya tahan dalam mengharungi cabaran.
“Usaha meningkatkan kualiti perhubungan antara pasangan berkahwin adalah teras kepada perhubungan yang berkualiti sesama ahli keluarga. Jadi, LPPKN meletakkan kepentingan pengukuhan perkahwinan melalui pendidikan praperkahwinan dan pemantapan keluarga `SmartStart’ kepada pasangan baru atau akan berkahwin yang dilaksanakan sejak 2006.
“Cabaran yang dihadapi keluarga pada masa ini menjadikan hanya mereka yang berdaya tahan saja mampu melepasi dugaan yang datang, selain perubahan dan cabaran dalam hidup.
“Jadi, kita perlu belajar resipi meningkatkan perhubungan intim dalam rumah tangga sebab perkahwinan yang kukuh sekalipun, mungkin akan dilanda badai dan terluncur daripada landasannya,” katanya.
No comments:
Post a Comment