Monday, May 18, 2009

周美芬:去年349人受訓85單親媽媽投身社會

中国报 17/5/09

(八打靈再也17日訊)家庭及社會發展部副部長拿汀巴社卡周美芬說,據該部資料顯示,去年共有349名單親媽媽受訓,目前已有85人投身中小型企業服務。

她說,這項設立于全國11州,包括登嘉樓、檳城、彭亨、聯邦直轄區和森美蘭的單親媽媽短期訓練課程,計有美容、烹飪、裁縫、手工藝品、保姆及導遊等,旨在提供免費訓練,提升單親媽媽的生活技能。

她說,這也是第9大馬計劃下消除貧窮,尤其為單親媽媽所做出的特別計劃。若單親媽媽有任何需要尋求協助,可撥該部熱線15999。

周美芬今日受邀出席屈臣氏(Watsons)、高雅國際美容集團及Maybelline聯辦的彩繪化妝參加人數最多而列入大馬紀錄大全的儀式上,這么指出。出席者包括大馬屈臣氏總經理古威打、高雅創辦人拿汀徐高雅、Maybelline總經理柯廷豐及大馬紀錄大全總執行長拿督黃罕榮。

另外,高雅國際美容集團也派出來自各地學院100名美容師,臨場為女性彩繪化妝,同時慶祝母親節。

彩繪化妝參加人數列入大馬紀錄大全

周美芬(中)主持彩繪化妝參加人數最多列入大馬紀錄大全儀式。
Utusan Malaysia 18/5/2009
Program I-KIT bantu 85 ibu tunggal berniaga

PETALING JAYA 17 Mei - Seramai 85 daripada 349 ibu tunggal di seluruh negara berjaya memulakan perniagaan secara kecil-kecilan selepas menamatkan kursus latihan melalui Program Inkubator Kemahiran Ibu Tunggal (I-KIT) tahun lalu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datin Paduka Chew Mei Fun berkata, program I-KIT diperkenalkan melalui Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) dan diuruskan oleh agensi di bawah kementeriannya iaitu Jabatan Pembangunan Wanita (JPW).

"JPW telah bekerjasama dengan beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan syarikat swasta untuk menawarkan latihan kepada ibu tunggal dalam bidang jahitan, kecantikan, masakan, kraf tangan, asuhan kanak-kanak dan pelancongan.

"Ibu-ibu tunggal juga berpeluang menceburi bidang keusahawanan dengan memasarkan produk keluaran mereka selepas menamatkan kursus latihan mereka," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan acara solekan anjuran bersama Watsons Personal Care Stores Sdn. Bhd., Clara International Beauty Group dan Maybelline New York di sini hari ini.

Acara tersebut menyasarkan lebih 1,600 peserta agar ia mampu dicatatkan dalam Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai acara solekan terbesar di negara ini.

Mei Fun berkata, kerajaan sentiasa prihatin terhadap kebajikan ibu tunggal di negara ini dan mahu membantu mereka meningkatkan taraf ekonomi diri dengan menceburi bidang keusahawanan.

"Selain itu, ibu tunggal yang berpendapatan di bawah RM720 sebulan layak memohon geran sebanyak RM2,700 daripada JPW untuk memulakan perniagaan secara kecil-kecilan," katanya.

Terdahulu, beliau dalam ucapannya berkata, isu-isu ibu tunggal memerlukan perhatian segera dan khusus daripada pelbagai pihak supaya golongan itu berupaya menempuh cabaran dalam kehidupan seharian.

"Antara isu yang sedang diteliti oleh pihak kementerian adalah kesihatan fizikal dan mental ibu tunggal serta bagaimana mereka hendak menyara kehidupan anak-anak termasuk masalah perundangan.

"Bagaimanapun, masalah utama yang kami hadapi dalam menyelesaikan isu-isu tersebut adalah kekurangan data berkenaan keperluan spesifik golongan ibu tunggal dan kesesuaian antara polisi sedia ada dengan program bantuan yang telah dirancangkan," katanya.

No comments: