Monday, November 17, 2008

7 OBJEKTIF DAN 5 RANCANGAN WANITA MCA

Wanita MCA di bawah pucuk pimpinan baru akan menjajarkan semula kedudukan dan transform melalui tujuh objektif dan lima rancangan seperti berikut:

7 OBJEKTIF

1. Meluaskan horizon perkara-perkara yang kami ambil berat demi menjadi pemimpin untuk semua rakyat;
2. Memainkan peranan yang aktif dan utama dalam penentuan dasar kerajaan dan menggalakkan keprofesionalan dalam politik;
3. Memperkembangkan organisasi dan mengintegrasikan rangkaian kami dari seluruh segi;
4. Mewujudkan suasana yang ramah untuk menarik beliawanis menyertai politik serta memberi peluang untuk melatih dan memperkembangkan diri ;
5. Memperkukuhkan lagi serta memprofesionalkan misi teras kaum wanita;
6. Berintegrasi dengan komuniti dan menjadi organisasi yang berorientasikan rakyat ;
7. Menggalakkan budaya politik yang sihat


(Sila merujuk kepada isi kandungan yang ternyata dalam risalah kempen pilihanraya Ketua Wanita MCA)


5 RANCANGAN

1. Penubuhan Biro Strategik Politik untuk menuju ke arah keprofesionalan dalam bidang politik serta pengambilan peranan yang aktif dan responsif dalam isu-isu Negara dan dasar Kerajaan: Wanita MCA akan terus bergerak maju serentak dengan zaman, membincangkan isu-isu dan perkembangan terkini negara ini dengan mengambil tindakbalas yang cepat dan tepat pada masanya. Selain itu, Wanita MCA akan memainkan peranan aktif dan utama dalam penggubalan undang-undang dan pelaksanaan dasar Negara bahkan mengenal pasti topik yang sesuai untuk reformasi. Untuk mencapai matlamat ini, Biro Strategik Politik akan menubuhkan satu kumpulan Pemikir (Think-tank) dan bekerja erat dengan Biro Informasi & Komunikasi dan Biro Undang-undang untuk memastikan ia mencapai tahap “ungul, tepat dan cekap” yang diperlukan dalam pelaksaaan kerja politik yang profesional.

2. Penciptaan peluang perniagaan untuk menggalakkan pertumbuhan ekonomi: menubuhkan Biro Ekonomi untuk memperkembangkan fungsi Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat MPTC kepada Pusat Pembelajaran Sepanjang Hayat & Perkembangan Ekonomi. Dengan adanya 3 aspek utama iaitu (1) latihan vokasional untuk wanita, (2) penyelidikan terhadap peluang perniagaan dan pekerjaan, dan (3) khidmat kaunseling untuk wanita yang berhasrat menceburi dalam bidang keusahawanan, Wanita MCA akan dapat membimbing dan membantu kaum wanita dalam usaha meningkatkan taraf ekonomi dan mendirikan perniagaan sendiri.

3. Pengambilan dan pemeliharaan kaum belia: Penyertaan kaum belia dalam politik harus diberi pengitktirafan dan penghargaan yang sewajarnya agar dapat mewujudkan suasana yang ramah dan sesuai bagi mereka melibatkan diri dalam bidang politik: -
(i) Merapatkan jurang umur di kalangan ahli Beliawanis dan mengkategorikan semua anggota wanita MCA di bawah umur 35 tahun sebagai ahli Beliawanis.
(ii) Selain daripada beberapa ahli Beliawanis yang telah dipilih secara rasmi sebagai ahli Jawatankuasa Pusat, enam orang pemimpin Beliawanis dari beberapa negeri akan dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Pusat secara undangan, mereka ialah Sdri Rachel Ten dan Sdri Connie Liew dari negeri Selangor, Sdri Nicole Wong dan Sdri Jessica Lai dari Wilayah Persekutuan, Sdri Tee Choon Ser dari Pulau Pinang dan Sdri Kathleen Wong dari negeri Perak. Mereka akan diundang untuk menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa Pusat dan mereka yang sesuai akan dilantik secara rasmi sebagai anggota Jawatankuasa Pusat pada masa akan datang.
(iii)Pembentukan satu Jawatankuasa Kecil yang diketuai oleh Setiausaha Agung Sdri YB Senator Heng Seai Kie dan ketua Biro Beliawanis Sdri Tee Hooi Leng dan dianggotai enam ahli Undangan Jawatankuasa Pusat supaya menubuhkan satu jawatankuasa bersama dengan Pemuda MCA untuk membincangkan rancangan pengambilan kaum belia menyertai parti MCA.

4. Pelaksanaan Pendidikan Politik untuk anggota parti berdasarkan kebolehan dan kesesuaian: menubuhkan Biro Pendidikan Politik untuk berusaha dan bekerjasama dengan Sekolah Parti dalam menyediakan pendidikan politik secara sistematik kepada semua lapisan anggota parti. Selain itu, akan merekrut dan mengambil ahli wanita yang berbakat dalam pidato dan menulis untuk menjalankan latihan demi melatih dan meningkatkan penglibatan ahli wanita dalam hal ehwal politik.

5. Penubuhan Biro Bantuan Wanita & Kanak-kanak di setiap negeri - Perlaksanaan tugas teras wanita secara professional dengan memberi latihan kepada ratusan para-kaunselor sukarela yang sedia ada secara sistematik. Wanita MCA akan menubuhkan Biro Bantuan Wanita dan Kanak-Kanak di pusat Wanita MCA dan di semua negeri. Biro ini bersedia memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada kaum wanita dan kanak-kanak yang kurang bernasib. Selain itu, ia juga akan mengumpul maklumat dan data yang berkenaan melalui perkhidmatan yang diberi serta seminar yang dianjurkan demi mengemukakan cadangan dan maklumat kepada pihak berkuasa yang berkenaan supaya dapat memperbaiki dan meminda dasar atau rancangan berhubungan dengan wanita dan kanak-kanak.


Biro-biro lain akan meneruskan dan memainkan peranan masing-masing, pelan tindakan yang lebih perinci dan konkrit akan ditentukan selepas Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pusat ke-2 dan Brainstorming yang akan diadakan.

1 comment:

Anonymous said...

Tahniah. Kerana masih rasional dalam mengetengahkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa perhubungan antara kita dalam laman ini. Bahasa kita tanggungjawab kita.